-->
Sabtu, 05 November 2016

rindu sungguh aku dengan sarapan pagi ibu. Sedap,lazat dan aura pagi yang tersedia dalam setiap suapan pagi itu membuatkan hari-hari aku terus bertenaga sebelum memulakan rutin harian. Tapi apa kan daya. - Resep Maskan


Sarapan pagi ibu..rindu sungguh aku dengan sarapan pagi ibu. Sedap,lazat dan aura pagi yang tersedia dalam setiap suapan pagi itu membuatkan hari-hari saya terus bertenaga sebelum memulakan rutin harian.

Tapi apa kan daya. Kesemua itu hanyalah tinggal segamit memori yang tidak akan pernah saya lupa. Sungguh saya menyesal kerana dahulu selalu sahaja saya tidak menjamah sarapan yang penat disediakan oleh ibu kerana terlampau sibuk dengan kerja. Malam saya tidur lewat, jadi pagi pula terkocoh-kocoh untuk pergi ke kerja. Sudahnya sarapan yang disediakan ibu menjadi santapan tong sampah.

Semasa ibu di hari-hari terakhirnya, dia pernah berkata. 'Nanti along dah jadi ibu kepada anak-anak along, along akan rasa puasnya dapat lihat mereka berselera nikmati masakan along'. saya sangat mengerti bahawa ibu berkecil hati kerana saya selalu tidak jamah masakan beliau, tetapi dia pendam dan cuma beri nasihat yang sungguh tajam dari pedang. saya mohon maaf tetapi ibu berkata yang saya tidak pernah pun buat salah pada dia. Namun saya mengerti perasaan wanita dan sifat keibuan itu..

Setelah sekian lama jasad ibu tersemat elok di bawah tanah, saya semakin sedar bahawa air tangan ibu tidak pernah sama dengan mana-mana chef even no 1 dunia sekali pun. Terngiang-ngiang nasihat ibu kepada saya..sungguh terkesan.

Nasihat saya, hargailah ibu anda. Setiap ibu sangat gembira jika melihat anaknya penuh selera menghabiskan masakan dari air tangannya sendiri. Satu perasaan yang tiada tolok bandingnya. Saya sudah merasai kegembiraan lihat anak-anak saya dengan rakus nya habiskan masakan saya. Ketawa?mestilah tapi saya sembunyikan dengan teguran supaya makan dengan bersopan. Sekian



from Klik Disini http://ift.tt/2fsAAal
rindu sungguh aku dengan sarapan pagi ibu. Sedap,lazat dan aura pagi yang tersedia dalam setiap suapan pagi itu membuatkan hari-hari aku terus bertenaga sebelum memulakan rutin harian. Tapi apa kan daya. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+