-->
Selasa, 01 November 2016

Seorang nenek sanggup bergadai nyawa meredah api untuk menyelamatkan dua cucu - Resep Maskan


Lahad Datu: Seorang nenek sanggup bergadai nyawa meredah api untuk menyelamatkan dua cucunya termasuk bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di Kampung Buang Sayang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Waasi Laali, 70, melecur teruk di muka dan tangan manakala bayi itu, Gairel Latiga melecur di tangan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut manakala seorang cucunya berusia enam tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa bayi itu tiada di rumah kerana bekerja.

Anak saudara Waasi dikenali sebagai Laja, 30, berkata, ketika kejadian ibu saudaranya dikatakan sempat keluar namun masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan dokumen penting.

“Ketika itu, keadaan rumah sedang terbakar namun ibu saudara saya berdegil masuk semula ke dalam rumah bagi menyelamatkan dokumen penting.

“Pada masa sama, Waasi melihat dua cucunya berada di dalam sebuah bilik sebelum bertindak menarik keluar seorang dengan seorang lagi berusia lapan bulan didukung,” katanya ketika ditemui di Hospital Lahad Datu, semalam.

Menurutnya, ibu saudaranya masih menerima rawatan manakala Gairel hanya cedera ringan.

“Ketika kejadian, saya sedang menjual sayur berhampiran lokasi kejadian dan hanya menyedari selepas terdengar pekikan orang ramai.

“Alhamdulillah, nasib baik ibu saudara bertindak pantas menyelamatkan dua cucunya. Kami bersyukur semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.53 pagi sebelum mengerahkan dua jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

SUMBER MY METRO

from Klik Disini http://ift.tt/2f84XUE
Seorang nenek sanggup bergadai nyawa meredah api untuk menyelamatkan dua cucu - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+