Kalau ikutkan hati Ziana, Jaclyn...
ZIANA Zain mengakui penganjuran Konsert High Note 2016 di Istana Budaya, malam tadi, adalah paling terburuk sepanjang dia bergelar penyanyi sejak lebih 20 tahun lalu.
Ziana ketika ditemui selepas konsert, berkata tiada persiapan rapi termasuk latihan hanya dilakukan beberapa jam sebelum konsert bermula dilihat sebagai punca menyebabkannya menjadi kelam-kabut.
"Bayangkan susunan muzik hanya diperoleh hari ini (semalam). Kalau ikutkan hati memang nak tarik diri, tapi saya kuatkan semangat dan teruskan juga walaupun keputusannya seakan-akan menjerut leher kami," katanya.
Konsert anjuran DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagro itu turut menampilkan Jaclyn Victor dan Azlan Typewriter.
Konsert berkenaan turut berlangsung malam ini dan esok di lokasi yang sama.
Terdahulu, malam pertama konsert yang sepatutnya berlangsung kelmarin tetapi ditunda semalam.
Dalam pada itu, Jaclyn berkata, konsert berkenaan sangat memberi tekanan kepadanya kerana latihan hanya dibuat beberapa sebelum konsert.
"Bayangkan giliran saya berlatih dengan pengarah muzik adalah pada jam 7 malam, sedangkan konsert akan bermula pada jam 9 malam.
"Terus terang, saya tidak pernah buat kerja begini sepanjang bergelar penyanyi.
“Ia sangat memberi tekanan. Kalau ikut hati saya memang nak tarik diri tetapi disebabkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, saya tetap tunaikan ," katanya.
Sementara itu, wakil penganjur, Mohd Hidayat Mihd Shah berkata, pihaknya mengakui kesilapan mereka hingga menyebabkan konsert itu berlangsung dalam keadaan tidak sempurna.
Beliau yang juga bertindak sebagai penerbit konsert berkenaan berkata, pihaknya dan pasukan produksi akan mengadakan mesyuarat supaya masalah terbabit dapat diselesaikan.
“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku. Jujurnya ini adalah pengalaman pertama kami mengadakan konsert berskala besar.
“Dalam hal ini kami tidak menyalahkan penyanyi. Kekurangan yang berlaku ini adalah daripada pihak kami kerana berlaku masalah teknikal sehingga konsert terpaksa dilewatkan dan perjalanan konsert terpaksa diubah di saat-saat akhir,” katanya.
Mohd Hidayat berkata, pihaknya mengalami beberapa masalah teknikal.
“Kami juga mempunyai masa yang agak suntuk untuk mengadakan raptai penuh konsert ini.
“Kami ada terfikir untuk menangguhkannya tetapi bimbang ia akan membabitkan kos yang lebih tinggi selain turut membabitkan banyak pihak serta tiket yang sudah dijual," katanya.
Berikutan itu, katanya, pihaknya turut memberi peluang kepada penonton yang sudah membeli tiket malam tadi menonton semula konsert berkenaan malam esok.
Sumber mymetro
from Klik Disini http://ift.tt/2fjqXiL
"Terus terang, saya tidak pernah buat kerja begini sepanjang bergelar penyanyi" Kalau ikutkan hati.... - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah