RESEPI KARI AYAM KAMPUNG
Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan-bahan untuk di Tumis:–
(=)2 ulas bawang merah
(=)3 ulas bawang putih
(=)3 kuntum bunga lawang
(=)5-6 kuntum bunga cengkih
(=)2 batang kulit kayu manis
(=)2 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk di Kisar:–
(=)1 bungkus rempah kari
(=)15 tangkai cili kering
(=)11/2 inci halia
(=)8-9 ulas bawang merah
(=)1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan-bahan Lain ialah:-
(=)1/2 ekor ayam kampung
(=)11/2 cawan santan
(=)2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
(=)Ubi kentang (potong 4)
(=)Garam secukup rasa
(=)Minyak untuk menumis
(=)Air
Cara-cara untuk Memasak ialah:-
1. (=)Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
2. (=)Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
3. (=)Masukkan pula ayam dan kentang. Gaul sebati.
4. (=)Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, jika perlu)
5. (=)Perasakan dengan garam secukupnya.
6. (=)Biarkan hingga ayam empuk. Sedia untuk dihidang.
Tips:-
(=)Ayam dibasuh dengan cuka dan garam
(=)Goreng ayam terlebih dahulu
(=)Masukkan ayam masa pecah minyak
(=)Masak dengan api perlahan
RESEPI KARI AYAM KAMPUNG SEDAP - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah