Vaseline
#Dapatkan berus maskara lama yang tidak digunakan lagi.
#Dengan sabun, basuh lebihan maskara yang melekat pada berus sebersih-bersihnya.
#Taburkan sedikit bedak bayi di atas tapak tangan, lalu salutkan bedak berkenaan pada berus maskara yang telah bersih itu tadi.
#Tanpa perlu membuang sisa bedak yang melekat pada berus, anda terus sapukan Vaseline pada berus maskara dan langsung sikatkan ia pada bulu mata.
#Lakukan secara tertib setiap hari. Ia mungkin mengambil masa selama 5 minggu sebelum anda nampak perubahannya.
Pelembap Bibir
#Gunakan pelembap bibir untuk bantu melentikkan bulu mata selain bisa membantu memanjangkannya.
#Gunakan pelembap bibir yang berperisa kerana ia lebih berkesan.
#Pastikan ia tidak mengandungi bahan methol kerana dikhuatiri mata anda akan pedih nanti.
#Sapu ia pada bulu mata anda perlahan-lahan. Sapukan seperti gincu dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri pada bulu mata.
#Tekan pelembap bibir itu sehingga mengenai permukaan kulit kelopak mata anda.
#Lakukan pada kedua belah mata dengan berhati-hati dan tidur bersama penutup mata yang diperbuat daripada fabrik satin.
#Esoknya, basuh mata anda dengan air sejuk, lap. Sebelum anda keluar rumah, sapukan lagi dua lapisan pelembap bibir pada bulu mata anda. Hasilnya lumayan!
Urutan Mata
#Basuh tangan dengan bersih.
#Gunakan jari untuk membuat urutan lembut pada kelopak mata serta dimana kawasan bulu mata anda tumbuh.
#Lakukan urutan ini beberapa kali dalam seminggu.
#Urutan ini meningkatkan peredaran darah yang baik untuk menggalakkan proses pertumbuhan bulu mata.
Minyak Kelapa + Minyak Pati Lavender
#Campurkan 1/2 camca teh minyak kelapa bersama 2-4 titik minyak pati Lavender.
#Gunakan jari atau kapas untuk menyapu campuran minyak berkenaan pada akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata anda.
Rutin Penjagaan Rapi
#Ambil suplement setiap hari. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menggalak pertumbuhan rambut. Potassium, Kalsium dan Magnesium, semuanya membantu bulu mata untuk tumbuh sempurna.
#Bersihkan sisa solekan sebelum tidur. Jika anda biarkan maskara semalaman melekat pada bulu mata, ia akan mematahkan serta menjadikan bulu mata anda rapuh.
#Amalkan diet pemakanan yang sihat kerana ia menggalakkan pertumbuhan bulu mata secara tidak langsung.
#Gunakan pelentik bulu mata. Alatan ini sememangnya akan bantu melentik dan membuatkan bulu mata anda kelihatan lebih panjang.
#Guna helah kosmetik seperti maskara untuk menjadikan bulu mata lebih lebat, hitam, dan panjang.
5 TIPS PANJANGKAN BULU MATA - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah