Kuih Bakar daging
Bahan Bahan
- 250 gms daging (¼ kg)
- 1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
- 1 labu bawang besar
- Garam/aji secukup rasa
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
- 3 cawan air
- 5 biji telor
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning
- Daun bawang
- Minyak sapi/margerin
Cara Membuatnya
Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.
Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.
(NOTE: ACUAN KUIH BAKAR JENIS ALLUMINIUM BOLEH DIGUNAKAN UNTUK RESIPI NI. KJEE FAHAM BUKAN SEMUA ORANG ADA ACUAN TEMBAGA. KALAU BAKAR TERUS DALAM LOYANG, TAK PASTI LAGI HASILNYA CAMNER. KALAU NAK CUBA, TERSERAHLAH)