1. #Kedudukan dan Bentuk Perut Ibu
(*)Orang tua- tua selalu kata kalau perut ke atas, maknanya bayi perempuan dan kalau perut ke bawah pula, anak lelaki. Hehe. Begitu juga dengan bentuk perut ibu. Kalau bulat macam bola katanya bayi lelaki tapi kalau agak lonjong ke depan macam tembikai katanya bayi perempuan. Macam ummi, rasanya semua kedudukan pon sama sahaja semasa hamil. Pernah, doktor pakar kanak- kanak yang merawat Tiqah suruh ummi tarik baju ke belakang supaya dia dapat meneka jantina bayi ummi iaitu adik Tiqah (Ai’sy masa tu 8 bulan dalam kandungan dan Tiqah umur 11 bulan). Tekaan dia pon salah juga, katanya ummi kandungkan baby girl.
2. #Degupan Jantung Bayi
(*)Jika anda gunakan doppler semasa membuat pemeriksaan rutin di klinik atau hospital, tanyakan kadar degupan bayi. Menurut kata orang, jika kadar degupan melebihi 140 seminit maka ianya bayi perempuan. Jika kurang maka baby boy la tu.
3. #Selera Ibu
(*)Ibu suka makan yang manis- manis? Mungkin bayi yang dikandung tu perempuan Kalau suka yang masin atau masam, mungkin lelaki.
4. #Ujian Baking Soda
(*)Letakkan satu atau 2 sudu makan baking soda dalam gelas jernih. Masukkan air kencing anda ke dalam gelas tersebut. Perhatikan jika ianya menghasilkan buih seperti air berkarbonat yang dikocak ataupun tiada buih dihasilkan. Jika berbuih, ianya lelaki dan jika tiada, ianya bayi perempuan.
5. #Keadaan Kulit, Rambut dan Kuku Serta Seri Wajah Ibu
(*)Orang tua-tua kata kalau ibu berseri je, maknanya anak perempuan tapi kalau bertukar selekeh maknanya lelaki. Tapi ada pula yang kata jika ibu nampak pucat tak berseri, bayi yang dikandung ialah perempuan. Sebabnya, bayi dah tarik seri wajah ibu. Dikatakan jika kulit ibu kusam, kuku pon nampak tak sihat dan rambut tak elok, anda sedang hamil bayi perempuan. Sebaliknya pula jika bayi lelaki, kulit ibu akan “glowing”, rambut sihat bersinar dan kuku pon merah cantik. Hehe. Yang ummi tahu, semasa hamilkan Tiqah, ummi teramatlah pemalas, pakai tudung pon tanpa inner. Tapi masa hamilkan A’isy, rajin gak mekap sikit2 pergi office.
6. #Ujian Cincin
(*)Ni agak mengarut dan scary. Tak tahu apa relevannya. Caranya, ikat benang pada cincin dan minta sesiapa pegang atas perut ibu. Kalau cincin tu bergerak berpusing, tandanya bayi lelaki. Jika bergerak dalam garis lurus, dikatakan bayi perempuan. Baby dalam kandungan ada daya tolakan ke nak gerakkan cincin tu? Hehe. Jangan sampai percayakan tahyul tau ibu2.
7. #Alahan
(*)Morning sickness yang teruk? Mungkin ianya baby girl. Mild sickness atau tiada alahan langsung? Petanda ianya bayi lelaki
8. #Perbezaan Saiz Payudara
(*)Payudara biasanya membesar ketika ibu hamil. Jika perbezaan saiz amat ketara, tandanya anda mengandungkan bayi perempuan, Namun jika saiznya tidaklah terlalu ketara maka dipercayai kandungan ialah bayi lelaki
(*)Itulah diantara pelbagai variasi menarik cara meneka jantina bayi dalam kandungan. Tidaklah semuanya tepat dan hanya dilakukan secara suka-suka sahaja. Walau apapon jantina bayi anda, yang penting ia sihat dan selamat.
8 CARA UNTUK MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah