-->
Jumat, 22 Januari 2016

MAKANAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT YANG ANDA HARUS AMBIL TAHU

MAKANAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT YANG ANDA HARUS AMBIL TAHU

#Buah Limau dan Buah Tembikai

(*)Buah limau dan semua jenis melon atau tembikai kaya dengan Vitamin C yang boleh meningkatkan tahap imunisasi tubuh dan pengambilan vitamin C secara semula jadi, iaitu yang diambil daripada limau dan tembikai mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

#Rhubarb dan Bok Choy

(*)Bok choy kaya adalah merupakan sumber kalsium terbaik yang merupakan mineral yang diperlukan untuk kekuatan tulang. Manakala rubarb merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin K yang boleh membekalkan tiga protein yang sangat diperlukan untuk menjamin kesihatan tulang dan boleh mempertingkatkan kepadatan tulang.

#Minyak Zaiton

(*)Satu kajian di Itali menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30 peratus. Sebabnya masih tidak diketahui tetapi lemak yang sihat di dalam minyak zaitun dikatakan mampu menghentikan penghasilan gen yang menyebabkan kanser.

#Walnut

(*)Kekacang ini merupakan sumber penting asid lemak Omega-3 yang membantu sel otak berkomunikasi antara satu dengan lain dan ini penting untuk memelihara memori anda sekali gus mengelakkan penyakit Alzheimer.

#Buah Anggur

(*)Buahnya kecil tetapi khasiatnya begitu besar sekali. Hasil kajian oleh University of Michigan menunjukkan buah yang mengandungi flavanoids ini boleh melindungi anda daripada penyakit jantung, kanser dan melambatkan penuaan otak. Selain daripada itu, hasil kajian  University of Michigan menunjukkan yang buah anggur mampu mengawal tekanan darah anda.


MAKANAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT YANG ANDA HARUS AMBIL TAHU - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+