-->
Kamis, 07 Januari 2016

RESEPI LEMAK MANIS SI TALAM CENDOL KESUKAAN RAMAI

TALAM CENDOL
Talam cendol ni rasanya memang sedap. Lemak2 manis. Bau cendol yang wangi tu memang buat rasa betul2 macam makan cendol. Resepi aku ambil kat sini. Resepi asal dari chef asma. Tapi aku modified sikit ikut cara aku. Untuk bahagian bawah aku ganti tepung jagung dengan tepung ubi. Campur semua bahan A kacau atas api hingga agak pekat baru campur dengan cendol. Kalau adunan cair nanti cendolnya terapung kat bahagian atas. Bahagian atas gula merah tu aku ikut cara aku juga. Aku campur gula melaka dengan gula merah dan gula pasir. Aku suka rasa lemak gula melaka tapi aku campur sikit dengan gula merah untuk mendapatkan warna yang agak gelap bila dah masak. Resepi aku kat bawah resepi chef. Halal ye chef.

TALAM CENDOL

Lapisan bawah

Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*  
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster
  • 1 tsp garam

Bahan B
  • 200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
  2. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastic. Kukus selama 25 minit
  3. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.

Lapisan Atas

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air

Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam

Cara-caranya
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  2. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit


Ini resepi versi aku seperti yang terlihat pada gambar

Talam Cendol

Lapisan bawah

Bahan A
  • 200gm tepung beras
  • 4 cawan santan pekat  
  • 2 tbsp tepung ubi
  • 150gm gula caster
  • 1 tsp garam

Bahan B
  • 400gm cendol (1 mangkuk)

Cara-caranya
  • Masak bahan A sehingga naik wap dan agak pekat sikit dan masukkan cendol. Kacau rata dan tutup api. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Kukus selama 15 minit. Selepas masak cakar-cakar dengan garpu.

Lapisan Atas

Bahan A
  • 100gm gula merah
  • 150gm gula melaka
  • 50gm gula castor
  • santan secukupnya.

Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1tsp vanila

Cara-caranya
  1. Masak bahan A kecuali santan dengan sedikit air sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapis dan campurkan dengan santan menjadikan sebanyak 750ml. Ambil sedikit campuran santan dan gula melaka dan blend bersama tepung. Tuang ke dalam periuk dan campurkan lebihan santan gula melaka tadi. Pukul telur dan vanila. Masukkan dalam periuk dan masak sehingga naik wap dan agak pekat sedikit. (Kacau sentiasa agar adunan tidak berketul).
  2. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Tips buat kuih talam cara aku:

Aku tak guna kain untuk tutup penutup periuk supaya tak bagi air jatuh. Aku buka tutup periuk setiap 5 minit dan lap. Selepas kuih talam masak buka penutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 5 minit lagi sebelum tutup api untuk mengeringkan bahagian atas kuih jika terdapat air. Juga supaya kuih tahan lama.
Aku selalu guna cendol yang beli kat Pasaraya Hero. Cendol ni dalam bekas plastik putih (bekas taufufah). Cendol ni harum bau daun pandan dan bila dah masak warna hijaunya tak bertukar menjadi pucat. Rasa2nya kat Giant pun ada tak tau lah brand yang sama atau tak. Okey..sila lah try mencuba dan tambahkan koleksi kuih talam anda.

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+