-->
Minggu, 23 Oktober 2016

3 Petua Bersihkan Minyak Gorengan Yang 'KOTOR' - Resep Maskan


3 Petua Bersihkan Minyak Gorengan Yang 'KOTOR'

Cara terbaik dan paling mudah untuk membersihkan minyak gorengan adalah dengan menggunakan asam gelugur, garam halus dan halia.

PETUA 1 :
  1. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang mahu digoreng.
  2. Goreng bahan tadi bersama asam gelugur sehingga minyak tampak 'bersih' dan keluarkan asam gelugur.
  3. Dengan cara ini, anda masih boleh menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng untuk kali berikutnya.
PETUA 2 :
  1. Selepas selesai menggoreng dan anda nampak minyak gorengan kehitaman, segeralah taburkan garam halus.
  2. Tidak perlu banyak, cukur sekadar 1-2 cubit garam halus dan taburkan di permukaan minyak.
  3. Minyak akan bersih sedikit dan masih boleh digunakan untuk menggoreng selepas itu.

PETUA 3 :
  1. Jika mahu menggunakan halia, hiriskan ia nipis-nipis.
  2. Panaskan minyak dan goreng halia sehingga ia mengecut.
  3. Kemudian keluarkan halia itu dan anda boleh menggoreng untuk kali berikutnya.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share




from Klik Disini http://ift.tt/2dAzzMh
3 Petua Bersihkan Minyak Gorengan Yang 'KOTOR' - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+