-->
Minggu, 23 Oktober 2016

Elak peti ais berbau, 6 Jenis makanan yang tidak sesuai dimasukkan ke dalam peti ais. - Resep Maskan


Elak peti ais berbau, 6 Jenis makanan yang tidak sesuai dimasukkan ke dalam peti ais.

KOPI
  • Kopi ni sebenarnya umpama span yang akan menyerap semua bau-bau kurang enak. Bayangkan betapa banyak barang makanan dalam peti ais. Kopi akan ‘tarik’ semua bau tu dan menyebabkania hilang rasa sebenarnya. Bukan saja rasanya akan terganggu bahkan baunya juga takkan harum. Jadi kopi bukanlah sesuatu yang sesuai diletakkan dalam peti ais.

TOMATO dan KENTANG
  • Suhu sejuk akan menjadikan tomato dan kentang menjadi lembik. Suhu sejuk akan menggalakkan kedua-dua sayur ini mengecut dan merosakkan teksturnya. Sudahnya, tak boleh digunakan lagi.
  • Tomato yang diletakkan dalam peti ais selama beberapa hari akan menukar rasanya menjadi masam.

BAWANG
  • Bawang yang diletakkan di dalam peti ais bukan sahaja akan menjadi lembik tetapi mudah berkulat. Andainya anda hanya guna separuh biji bawang dan yang selebihnya itu disimpan dalam peti ais, lapisannya akan menjadi kering dan berbau.

MADU
  • Madu tidak sesuai diletakkan dalam suhu sejuk. Sebaiknya, tutup kemas botol madu dan letakkan di rak dapur atau atas meja makan saja. Meletakkan madu dalam peti ais akan meninkatkan kelajuan penghabluran gula dan menukarnya menjadi keras.
  • Hal ini akan menyukarkan anda untuk mencedok madu bila diperlukan. Sos atau kicap juga begitu, janganlah diletakkan dalam peti ais.

AVOKADO
  • Waktu beli, buah avokado ni padat dan keras. Ia memerlukan masa untuk menjadi ranum dan mempunyai rasa yang enak berlemak. Bila disimpan dalam peti, ia menghentikan proses ia menjadi ‘masak’ kerana suhu yang sejuk.

ROTI
  • Kenapa ada orang yang suka letakkan roti dalam peti ais ya? Roti yang disejukkan akan menjadikannya keras dan berderai. Lainlah kalau dibuat sandwic, bolehlah disimpan dalam peti ais. Barulah rasanya akan menjadi lebih sedap. Tapi roti putih kosong eloklah diletakkan diluar peti ais sahaja.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

from Klik Disini http://ift.tt/2eyaQLO
Elak peti ais berbau, 6 Jenis makanan yang tidak sesuai dimasukkan ke dalam peti ais. - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+