-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Cara-Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul ~ klik disini - Resep Maskan


Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

1- Air :
  • Membersihkan telinga dengan menggunakan air dapat membantu menyingkirkan kotoran yang terdapat dalam telinga. Ambil sedikit air dan basahkan tuala atau sapu tangan yang bersih kemudian gosokkan secara perlahan ke seluruh bahagian telinga untuk menanggalkan semua kekotoran yang melekat pada telinga. Anda boleh amalkan cara membersihkan telinga menggunakan air setiap kali sebelum mandi. Elak mengguna tisu kerana cebisan tisu yang basah mungkin akan memasuki ke dalam lubang telinga. Anda juga kena pastikan air tidak masuk ke dalam telinga secara berlebihan.

2- Baby Oil :
  • Selain menggunakan air, anda juga boleh menggunakan ‘baby oil’. Penggunaan ‘baby oil’ dapat membersihkan telinga secara keseluruhan dari dalam. Apa yang perlu anda lakukan adalah titiskan beberapa titis baby oil ke dalam telinga sebelum anda tidur. Jangan terlalu banyak, cukuplah antara dua atau tiga titis sahaja. Selepas anda bangun dari tidur, ambil sehelai tuala atau sapu tangan dan bersihkan telinga anda.

Selain dua cara yang dikongsikan ini, mungkin kita sudah terbiasa membersihkan telinga dengan cara mengorek telinga menggunakan putik kapas atau ‘cotton bud’. Cara ini tak salah, cuma kita perlu lebih berhati-hati bila menggunkan putik kapas untuk mengorek telinga. Elak memasukkan putik kapas terlalu dalam kerana secara tak sengaja kita mungkin akan mencederakan gegendang telinga.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share



from Klik Disini http://ift.tt/2dRyPoI
Cara-Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+