Resepi Kek Kukus Coklat Karamel
#Untuk karamel
- 2 sudu besar gula
- Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu air. Masak di atas api sederhanasambil dikacau. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Kacau sehingga perang dan likat. Tutup api dan tuang ke dalam loyang kek. Ketepikan.
#Untuk puding
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 3 biji telur
- sedikit esen
Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan pukul lembut hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi. Kukus selama 20 minit.
#Untuk lapisan kek
Bahan A:
- 1 cawan gula
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api sederhana. Kacau hingga sebati dan tutup api.
Bahan B:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- Satukan semua bahan B dan ayak.
Bahan C:
- 3 biji telur
- Pukul hingga kembang
- Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Kacau hingga mesra.
- Masukkan adunan ke dalam puding yang telah dikukus. Kukus lagi selama 1 jam atau sehingga masak.
- Setelah masak, sejukkan kek pada suhu bilik.
- Kemudian dengan berhati-hati telangkupkan kek untuk keluarkan dari loyang.
Selamat mencuba & Dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2f4Zezl
Resepi Kek Kukus Coklat Karamel - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah