Jawapan Allah Kepada Orang Yang Suka Mengeluh
Jom sama-sama kita renungkan dan hayati jawapan Allah kepada orang yang suka mengeluh, sepertimana tercatat di dalam al Quran bagi menyakinkan kita bahawa Allah Maha Mendengar, Allah selalu ada.
1. Ketika kita mengeluh:
“ishh, aku penat sangat."
ALLAH menjawab:
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat (An Naba' : 9)
2. Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ini, tak sanggup rasanya aku.
ALLAH menjawab :
“AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)
3. Ketika kita mengeluh:
“Serabutnya..."
ALLAH menjawab:
“ Hanya dengan mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)
4. Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia sia..."
ALLAH menjawab:
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya.”
(Al Zalzalah : 7)
5. Ketika kita mengeluh:
“takde sorang pun yang nak tolong aku."
ALLAH menjawab:
“Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60)
6. Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedih sangat.”
ALLAH menjawab:
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita." (At Taubah : 40)
P/S :
(-)Janganlah banyak mengeluh. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal. Semoga menjadi insan yang bertakwa.
(-)Hadapi dengan tenang. Terima dengan sabar sesuatu dugaan atau benda yang kita tak suka. Usah mengeluh. Banyakkan bersabar. Seperti kata seseorang, sabar itu seperti namanya, pahit rasanya, akan tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.
(-)Orang yang sabar ni menganggap bahawa musibah yang ditanggung sebenarnya berat baginya akan tetapi dia kuat menanggungnya.
(-)Kita pun tak suka hal itu terjadi akan tetapi iman yang bersemadi di hati menghalang kita dari selalu mengeluh. Terjadi dan tidak terjadinya sesuatu hal itu tidak sama baginya. Perbuatan seperti ini wajib hukumnya kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk bersabar sebagaimana dalam firmanNya,
“Dan taatlah kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah SWT berserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46).
Semoga kita semua dijauhkan daripada golongan manusia yang mengeluh kerana Allah SWT telah menjawab dalam al Quran bahawa walau apa pun terjadi pada dirimu, Allah selalu ada, selalu dekat, Allah selalu mendengar aduanmu. Mengadulah kepada Allah dan bukannya mengeluh kepada manusia.
from Klik Disini http://ift.tt/2gFwAb8
Wajib Baca!!! Ini Jawapan Allah Kepada Orang Yang Suka Mengeluh. Sebarkan!!! - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah