(^)Minyak Angin
(V)Gunakan minyak angin.Fungsinya untuk memanaskan sekaligus mengeluarkan angin yang ada di dalam perut. Anda boleh gunakan minyak angin atau minyak panas kayu putih dan gosokkan pada sekitar kawasan perut, khususnya bahagian pusat.
(^)Minum Air Halia Panas
(V)Halia memberikan efek hangat tanpa rasa pedih di ulu hati. Anda boleh minum air halia panas ketika perut kembung. Halia juga boleh memberikan efek anti inflamasi, sehingga dapat memberi daya ketahanan tubuh ketika terkena air hujan.Cara membuat air halia panas sangat senang. Ambil sedikit halia, kupas dan cuci dan hancur-hancurkannya. Kemudian campur dengan air panas dan sedikit madu atau gula.
(^)Bawang Merah
(V)Khasiat bawang merah memang banyak dan sangat multifungsi. Salah satu kegunaanya ialah mengatasi masalah perut kembung.Caranya mudah sahaja, ambil sebiji bawang merah dan kemudian diparut dan dicampur dengan minyak telon atau kayu putih. Setelah itu tempelkan bawang yang telah diparut itu di bahagian pusat.
(^)Jus Lemon
(V)Jus lemon sangat bermanfaat untuk mengurangkan gas di dalam perut. Ambil ½ lemon dan ½ sudu teh baking soda,kemudian campurkan dengan air. Walaupun terasa pahit, ia cukup efektif untuk mengurangkan rasa sakit kempung perut disebabkan gas yang berlebihan. Minum jus lemon sebelum makan makanan bergas mampu mencegah perut kembung.
(^)Vitamin C
(V)Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C juga bagus untuk anda yang mengalami masalah penghadaman serta kembung perut. Vitamin C boleh diperoleh daripada oren, tomato, kiwi, mangga, betik dan lain-lain lagi.
from Klik Disini http://ift.tt/1QP7JIi
Cara-Cara Untuk Atasi Perut Kembung - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah