-->
Kamis, 03 Maret 2016

Ibu Sayangkan Anak Pun Jangan Sampai Menantu Kecil Hati - Resep Maskan

 Ibu Sayangkan Anak Pun Jangan Sampai Menantu Kecil Hati

Ramai para ibu gagal untuk memahami peranan yang perlu mereka mainkan dan menantu juga terbabas dalam pernannya hanya sebab tiada peluang untuk jadi isteri yang baik kepada suami.

Ada satu kes: seorang isteri rasa tidak dihargai apabila si suami tidak menjamah air teh yang dihidangkannya kerana suaminya menjamah teh yang disediakan oleh ibunya sendiri. Bukan sekali tapi sudah banyak kali, awal perkahwinan lagi si ibu akan menyediakan hidangan sarapan, teh waktu petang (balik kerja) dan makan malam.

Isteri yang tidak diberi peluang sediakan hidangan buat suami, berdegil mahu sediakan secawan teh buat suami dan bersedia menunggu suami pulang di muka pintu dengan cawan dan teko teh di tangan. Sebaik suami sampai, isteri dengan cepatnya hulurkan secawan teh tetapi ibu pula menjerit; “Eh, ini Mak dah sediakan...” lalu dengan segera menghulurkan cawan teh buat anak. Si suami segera memilih cawan dihulur ibu terlebih dulu barulah menjamah pula cawan yang dihulur isteri.

Tak perlu rasa tak dihargai sebab suaminya hanya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Ingat semula kisah Alqamah. Ibu Alqamah berasa hati kerana Alqamah tidak menjamah makanan yang disediakannya. Kesannya sahabat yang tinggi ilmu dan tebal ibadatnya kepada Allah, tidak mampu melafazkan syahadah tika hujung nyawanya. Andai sayangkan suami, bantu suami untuk menjadi seorang anak yang soleh.

Setelah seorang lelaki berkahwin, segala perkara berkaitan dirinya seperti penyediaan makan minum, penjagaan tika sakit, penyediaan pakaian malah apa saja kehendak dan kemahuannya perlu dilaksanakan oleh isterinya sendiri. Ibu tidak lagi memegang peranan menyediakan segala keperluan tersebut. Isteri yang dipertanggungjawab oleh syariat untuk menjaga kebajikan si suami.

Kebajikan Anak

Isteri selalunya faham dan bersedia memberikan yang terbaik buat suami. Ibu juga selalu berusaha memberikan yang terbaik buat si anak, biarpun anaknya telah dewasa dan berkahwin.

Isteri punyai peranan menjaga kebajikan suami termasuk menyediakan makan minum suami jika suami telah menyediakan asas kepada penyediaan makan minum tersebut. Isteri juga bertanggungjawab menjaga suami ketika suami sakit, sepertimana Rahmah, isteri Nabi Ayub menjaga baginda tika sakit tenat. Ibu; juga punyai peranan yang tersendiri – menjaga kebaikan anak bermula si anak lahir kemudian dewasa dan ter‘pause’ sebentar selepas si anak berkahwin.

Boleh jika mahu mengambil berat mengenai kebajikan anak tetapi jangan sampai mengganggu atau mengambil alih peranan dan tugas serta tanggungjawab seorang ibu.

Benar, ibu sayangkan anak. Jangan lupa, isteri pun sayangkan suaminya! Andai sama-sama sayang, jangan jadikan orang yang anda sayang berada dalam keadaan tertekan dan serba salah.

Keutamaan ketaatan anak lelaki tidak pernah berubah; kekal kepada ibunya. Biarpun begitu, anak lelaki yang berkahwin mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri kepada isteri dan anak-anaknya.

Jika benar sayangkan anak lelaki anda, bantu mereka untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya. Jangan salah guna kuasa anda sebagai ibu hingga jadikan anak lelaki anda seorang suami yang gagal melaksanakan peranannya dan menerima azab atas kegagalan tersebut di akhirat nanti.

Menantu anda juga mempunyai hak ke atas anak anda! Jangan rampas hak tersebut. Belajarlah berlapang dada menerima ketentuanNya, anak anda telah beristeri dan anda perlu melepaskannya ke tangan isterinya pula!

Berdoa agar perkahwinan anak anda kekal bahagia hingga ke akhirat dan anak anda kekal menjadi anak yang soleh. Insya-Allah. Anda akan menerima seorang lagi anak solehah!



from Klik Disini http://ift.tt/1Y4tTMv
Ibu Sayangkan Anak Pun Jangan Sampai Menantu Kecil Hati - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+