6 Cara Membantu Melegakan Masalah Seseorang
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
~ Masalah ~
***Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah. Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter. Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang. Hanya memendam masalah seorang diri.
***Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.
***Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu. Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri. Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat. Adakalanya kita akan merasa “Down”
***Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain. Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.
***Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Blog Aku Islam ingin berkongsi serba – sedikit langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.
~ 1. Memberi Perhatian. Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat. Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan. Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.
~ 2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia. Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!
~ 3. Soalan terbuka. Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka. Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”. Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.
~ 4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap seperti gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan. Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”, “Ya’, “Jadi?”
~ 5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu. Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat. Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA. Juga elakkan menyentuh dibahagian – bahagian yang sensitif. Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.
~ 6. Ajarkan doa ini:
الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ
(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).
@ Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu
SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.
from Klik Disini http://ift.tt/2bbS0Zr
6 Cara Membantu Melegakan Masalah Seseorang - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah