-->
Rabu, 17 Agustus 2016

Cara Lembutkan Daging Dan Cepat Empuk - Resep Maskan








*1) Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang sudu  kecil ke dalam periuk. Dipercayai sudu  ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

*2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau air rebusan daging,

*3)  Selain itu,anda juga boleh masukkan  beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

*4) Jika tiada tangkainya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

*5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

*6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang  15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika  daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

*7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

*8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

*9). Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

*10). rendamkan daging yang sudah dipotong dengan tepung gandum atau jagung untuk seketika sebelum memasak

*11). carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging

*12). Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih.Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa.Selain mengempuk, daging juga lebih terasa lemak dan enak kerana telah diserap santan didalamnya.

Daging juga akan lebih lembut jika dipotong dengan cara yang betul


**Cara memotong Daging yang betul

**Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.

**Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging,

**Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong.

**Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong.

JOM CUBA



from Klik Disini http://ift.tt/2bmNklD
Cara Lembutkan Daging Dan Cepat Empuk - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+