korang minat tofo telur tak?? kalau minat jom cuba resepi ni..
Bestkan tofu telur..lembut diluar, pecah dimulut..hehehe
***Cara nak masak tofu telur ni mudah dan cepat. Yang lambatnya cuma nak goreng tofu telur tu takut pecah dan meletup-letup minyak dalam kuali. Tapi dah siap goreng, dah tak ingat segala kerumitan tadi ya. Sebab sedap sangat kan. Ok lah meh lah saya share resepi paling mudah tofu telur masak sos tiram ni. Agak-agak kalau dah kelaparan tu, masak menu ni ratah saja2 pun boleh habis semangkuk tau. Tak percaya cuba lah..hehehe***
4 tiub tofu telur (1 pack)
(dipotong tengah, picit hujung tiub dan potong 8 utk 1 tiub tofu. Kemudian, goreng dalam minyak yang sedikit dan balik-balikkan dengan sudu. Kalau guna sudu tak mudah pecah. Setelah agak kekuningan, toskan atas tisu)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 4 sudu sos tiram
- 1/2 kiub pati ayam
- 2 cawan air
- Tomato ceri
- Sawi yang siap dipotong
- Daun sup
- Bawang goreng
- 2 biji telur
- 2 sudu tepung jagung Sedikit lada sulah
- Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara-caranya:
- (Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris dalam sedikit minyak panas, dah naik bau, masukkan air.
- Selepas mengelegak, masukkan kiub pati ayam dan sos tiram.
- Pecahkan telur dan kacau2 senantiasa agar telur tu masak dan tidak berketul2.
- Tambahkan perasa lada sulah, garam dan ajinomoto.
- Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam kuali/periuk tadi. (Tujuannya adalah utk memekatkan kuah.)
- Last sekali masukkan tofu telur yang digoreng tadi.Tutup api. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Siap dihidangkan. Makan panas2 memang best..
P/S : tapi hati-hati) @@@kuantiti air bergantung sejauh mana anda nak ada kuah atau sikit kuahnya.
Selamat mencuba.. ^_^
from Klik Disini http://ift.tt/2bBOp6Q
Resepi Tofu Telur masak sos tiram - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah