-->
Rabu, 28 September 2016

PANTANG LARANG MELAYU KETIKA MAKAN MAKAN ~ Klik Disini - Resep Maskan

PANTANG LARANG MELAYU KETIKA MAKAN MAKAN


Assalamualaikum guyss.. kali ni saya nak share sedikit pantang larang melayu ketika makan.. Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Dibawah adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

  • 1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
  • 2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
  • 3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
  • 4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
  • 5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
  • 6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
  • 7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
  • 8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
  • 9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
  • 10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
  • 11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
  • 12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
  • 13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
  • 14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Terima kasih kerana membaca artikal ini..

Dipersilakan share


from Klik Disini http://ift.tt/2dEvCKL
PANTANG LARANG MELAYU KETIKA MAKAN MAKAN ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+