SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Doa yang diminta oleh seseorang insan kepada ALLAH SWT hanya akan dimakbulkan samada secara cepat atau lambat dengan berdasarkan syarat tertentu, di bawah antaranya yang utama ialah :
- 1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.
- 2. Menepati adab-adab serta rukun-rukun berdoa.
- 3. Melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.
- 4. Menyakini kepada ALLAH SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan oleh ALLAh samada secara segera atau bertangguh. (ALLAH SWT itu Maha Adil)
- 5. Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau untuk melakukan penderhakaan kepada ALLAh.
- 6. Bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.
- 7. Hendaklah sentiasa melaksanakan segala tuntutan dan suruhan ALLAH SWT.
- 8. Sentiasa menjauhi segala maksiat atau tegahan ALLAH SWT.
- 9. Meyakini kekuasaan serta berdoa penuh ikhlas kepada ALLAH SWT.
- 10. Berusaha serta berikhtiar selaras dengan apa yang disoakan, misalnya: seseorang yang memohon supaya dilapangkan rezeki mestilah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoa serta bertawakal tanpa rasa putus asa.
- 11. Permohonan itu hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada ALLAH SWT semata-mata.
- 12. Berdoa kearah melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
from Klik Disini http://ift.tt/2cLmoMH
SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN… Insya-Allah ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah