-->
Kamis, 08 Desember 2016

10 Tips Untuk Memilih Kasut Yang Selesa Bila Dipakai - Resep Maskan




10 Tips Untuk Memilih Kasut Yang Selesa Bila Dipakai



Pertama :
  • Belilah kasut pada ­waktu siang hari atau petang. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.



Kedua :
  • Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu ­selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen. 



ketiga :
  • Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.



Keempat :
  • Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan. 



Kelima :
  • Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.



Keenam :
  • Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.



Ketujuh :
  • Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.



Kelapan :
  • Jangan hanya duduk ketika mencuba dan ­menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah mengang­gap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.



Kesembilan :
  • Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing. 



Kesepuluh :
  • Jangan pilih kasut yang ­dirasakan terlalu ketat ­walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja.


Sekian sahaja yang saya dapat kongsikan.. dipersilakan share..




from Klik Disini http://ift.tt/2hqrhcc
10 Tips Untuk Memilih Kasut Yang Selesa Bila Dipakai - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+