-->
Rabu, 07 Desember 2016

Cara-Cara Membuat Nasi Goreng Kampung Sedap & Mudah - Resep Maskan


Cara-Cara Membuat Nasi Goreng Kampung Sedap & Mudah

Bahan-bahan yang di perlukan :
  • 4 cawan nasi putih, kalau bagus nasi yang dah semalaman
  • 2 kelopak kobis daun, cuci bersih, toskan dan hiris kasar (sawi pun boleh)
  • 1 genggam ikan bilis, cuci, tos dan goreng garing
  • 2 biji telur
  • 1 keping dada ayam, hiris nipis
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 10 biji cili padi Thai - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan


Cara-cara menyediakan nasi goreng kampung Sedap & Mudah
  • Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan kisar bersama bawang besar, masak hingga harum dan bawang layu. Masukkan garam secukup rasa, gaul rata. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur, kacau dan biar masak.
  • Masukkan isi ayam, sayur kobis dan nasi tadi (pastikan nasi tadi tidak berketul-ketul). Kacau sampai semua rata. 
  • Masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata. Masak sejekap dan rasa.
  • Jika ok boleh matikan api, tabur dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.



from Klik Disini http://ift.tt/2h7AcCM
Cara-Cara Membuat Nasi Goreng Kampung Sedap & Mudah - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+