-->
Kamis, 03 Maret 2016

Cara JEMPUT rezeki dalam hidup anda paling efektif - Resep Maskan


Hidup zaman sekarang, memang semua nak kena pakai duit. Haaa... penting sangatkah duit? Penting atau tidak itulah hakikat nilai sekeping kertas yang diberi nama wang.

Ada orang berkata jangan jadikan diri sebagai hamba duit kerana takut akan menyusahkan hidup. Apa yang penting, biarlah seimbang untuk mencukupkan keperluan hidup seharian. Praktik tujuh amalan ini agar menjemput rezeki ke dalam hidup anda.

1. Dhuha
Rahsia yang paling penting untuk kita ketahui. Bagaimana menjemput rezeki ke dalam hidup? Setiap hari jangan liat untuk melakukan solat dhuha. Ia adalah rahsia menjemput rezeki yang tidak putus ke dalam kehidupan seharian. Paling mudah, lakukannya dua rakaat setiap hari. Tak sampai lima minit. Kegagalan mengamalkan solat sunat ini boleh dianggap satu kerugian. Jangan kedekut melaburkan lima minit masa kita untuk menjemput rezeki yang luas.

2. Hilangkan Sifat Bakhil
Kedekut untuk kaya? Pastinya ini tidak benar. Sifat bakhil dan kedekut tidak sekali-kali dikatakan formula untuk mendapat rezeki yang lapang lagi luas. Sifat kedekut dan bakhil hanya akan menyempitkan pintu rezeki. Apabila kita ringankan tangan untuk bersedekah walaupun hanya pada saudara mara sendiri ia sebenarnya membuka pintu-pintu rezeki yang lain untuk menghampiri.

3. Muliakan Orang Tua
Tidak susah menjemput rezeki dalam hidup kita. Janji memuliakan orang tua. Bukan sekadar kedua orang tua kita sahaja, tetapi juga mereka yang lain. Pandanglah mereka penuh kasih dan dengan pandangan yang lembut. Dan berilah mereka makanan atau apa sahaja pemberian dengan penuh ikhlas di hati.

4. Ikhlas
Apa sahaja yang dilakukan sertakan dengan niat yang ikhlas. Walaupun kita hanya menghulurkan satu ringgit tetapi dengan jiwa dan hati yang ikhlas ia tetap diberikan ganjaran dan pulangan yang baik. Tetapi walaupun kita menderma beratus ringgit dengan harapan orang mengetahui dan memuji hanya sia-sia sahaja.

5. Jangan tamak
Sifat tamak haloba sebenarnya adalah godaan daripada syaitan yang sentiasa mengusik hati kita dengan cara mengatakan semuanya masih tidak mencukupi. Ia juga mendorong kita untuk bersikap tamak haloba hingga tidak sedar telah mengambil hak yang sepatutnya menjadi milik orang lain. Elakkan sikap begini dan jika ada terasa di hati dengan perkara ini cepat-cepat bersihkan hati supaya tidak bersarang di situ.

6. Jaga tutur kata
Jangan ingat menjaga tutur kata hanyalah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain sahaja. Sebenarnya menjaga tutur kata juga dapat menjemput rezeki yang luas ke dalam kehidupan kita. Ini kerana apabila kita sering menjaga tutur kata maka kurangnya kita menyakiti dan menghiris perasaan orang lain dan ini menjadikan setiap orang senang dengan kita. Manfaatnya ialah pastinya kita akan sentiasa mendapat doa yang baik daripada rakan-rakan dan orang di sekeliling kita. Jadi sentiasalah menjaga tutur kata anda.

7. Doa
Apabila semua usaha telah dilakukan, sentiasalah mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dipermudahkan urusan rezeki kita di muka buminya ini. Rezeki Allah beri itu luas dan biarlah dia melorongkan kita ke arah rezeki yang baik dan lapang.  


from Klik Disini http://ift.tt/1QtRyAI
Cara JEMPUT rezeki dalam hidup anda paling efektif - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+