-->
Kamis, 03 Maret 2016

Suami Atau Isteri Patut Meluah Jika Hati 'Tersepit' - Resep Maskan


Fasa bulan madu adalah momen terindah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dinikmati ketika baru sahaja menjalin ikatan sebagai suami dan isteri. Di kala itulah pelbagai rancangan diatur bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan sempurna.

Pastinya, yang dinanti-nanti adalah kelahiran cahaya mata. Tak kiralah apa jantinanya, yang penting sihat dan ceria. Agak klise namun inilah realiti dalam perkahwinan. Pada awalnya, begitu bahagia kerana mendapat sepenuhnya limpahan kasih sayang isteri tetapi setelah dikurniakan zuriat pertama, segalanya berubah.

Bagaikan direntap sekelip mata perhatian dan belaian manja sepertimana yang pernah dinikmati suatu ketika dahulu.

Ketika inilah timbulnya perasaan cemburu. Kelakar bukan apabila seorang ayah cemburu pada anaknya. Mulalah hati ingin bersaing bagi menarik kembali kasih yang semakin hilang.

Apabila berlakunya hal seperti ini maka siapa pula yang hendak disalahkan. Adakah si anak yang masih kecil atau suami kerana berkelakuan seperti budak hingusan? Atau mungkin isteri yang tak pandai seimbangkan kasih sayang.

Haaa... anda patut ikut langkah ini:

1. Langkah terbaik adalah berhenti dari menunding jari.

2. Sebaiknya, anda dan pasangan harus duduk semeja dan berbincang secara baik.

3. Cari masa yang sesuai dan luahkan apa yang dirasa. Contoh, anda rasa kedudukan seperti ‘terancam’ setelah dikurniakan cahaya mata. Luah pada isteri kerana dia pasti memahami.

4. Isteri pula jangan cepat melatah apabila suami bercakap benar. Mungkin anda fikir suami boleh ‘berdikari’ dan selesa dengan kehadiran insan ketiga dalam keluarga kerana melihatkan gerak-gerinya, semua ok-ok sahaja.

5. Tak kiralah walau sudah bertahun hidup bersama, realitinya tetap begitu. Sebagai contoh, anda inginkan sesuatu di hari lahir tetapi pasangan masih buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hakikatnya dia tahu bahawa hari itu adalah hari yang istimewa buat anda tetapi melihatkan reaksi anda yang bersahaja maka dia menyangka bukanlah menjadi satu kesalahan untuk tidak meraikannya. Disinilah pentingnya satu komunikasi yang jelas.

6. Tak payah berselindung semata ingin menjaga hati.

Ya, bukan senang nak jaga hati pasangan seperti awal perkahwinan setelah punya anak. Kadang diri sendiri pun berperang dengan masa yang selalu dipenuhi dengan rutin harian. Tapi sampai bila nak dibiarkan? Eloklah salah seorang sedar untuk menjaga hati demi hubungan suami isteri sentiasa indah.


from Klik Disini http://ift.tt/1QtPKb0
Suami Atau Isteri Patut Meluah Jika Hati 'Tersepit' - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+