-->
Kamis, 18 Agustus 2016

ADAB-ADAB MENGZIARAH ORANG MATI - Resep Maskan

Adab-adab ziarah orang mati


ADAB-ADAB MENGZIARAH ORANG MATI

***1~Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan kawan2 yang lain. Ia akan menyinggung perasaan keluarga si mati. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. 

***2~Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud) ***

***3~Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga si mati, khususnya bagi keluarga yang miskin. ***

***4~Makruh bagi orang yang menziarahi rumah si mati ada makan&minum di rumah itu. Ini kerana akan menyibukkan lagi ahli keluarga si mati. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga si mati. ***


SOLAT JENAZAH

***1~Sedia maklum bahwa hukum menyelenggarakan mayat dan menyembahyangkannya ialah fardhu kifayah yakni jika ada segolongan orang yang melaksanakannya maka tidak wajib bagi orang yang lain melakukannya akan tetapi diberi pahala bagi orang yang melakukannya. Solat jenazah ini tidak sah dilakukan melainkan sesudah mayat tersebut sempurna dimandikan. ***

***2~Sewaktu hendak mula menyembahyangkannya, mayat yang telah berkafan itu hendaklah diletakkan dihadapan orang yang ingin menyambahyangkan jenazah. ***

***3~Bagi mayat lelaki, imam perlu berdiri di bahagian kepala si mati manakala jika ianya wanita maka imam perlu berdiri di bahagian badannya. ***

***4~ Disunatkan agar mereka yang sama-sama menyembahyangkan mayat tersebut sekurang- kurangnya membuat tiga barisan (saf) atau lebih dengan jarak antara satu barisan dengan barisan di belakang hanya satu jengkal setengah atau dua jengkal. ***

***5~Salat jenazah mmepunyai empat takbir termasuk takbiratul ihram. Pada takbir pertama diniatkan: "Sahaja aku sembahyangkan jenazah (hadir/ghaib) empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala". ***

***6~Selepas takbir pertama hendaklah membaca Surah Al-Fateha. Setelah habis Fateha angkat takbir yang kedua dan membaca selawat Ibrahimiyyah yakni selawat yang dibaca sewaktu kita bertahiyyat. Selepas itu angkat takbir ketiga dan diikuti dengan membaca doa ke atas mayat. ***

"Allahummaghfirlahu warhamhu" ertinya "Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmatmu keatasnya."

Selepas itu angkat takbir keempat diikuti dengan membaca ***

"Allahumma laa tahrimna ajrahu, walaa taftinna ba'dahu waghfirlana walahu" ertinya " Ya Allah janganlah kau halangkan pahalanya kepada kami dan janganlah kami diberi bala atau cubaan selepasnya dan ampunkanlah kami dan dia (si mati)".

 Selepas itu, memberi salam ke kanan dan ke kiri seperti solat2 yang lain.

"Ya Allah jadikanlah akhir kehidupan kami dengan kebaikan dan rahmatmu dan jangan jadikan akhir hidup kami dengan keburukan dan kemurkaanmu". Amin.

P/S >>>  "Hu" adalah untuk mayat lelaki, *** "Ha". adalah untuk mayat perempuan




from Klik Disini http://ift.tt/2b1Zr8n
ADAB-ADAB MENGZIARAH ORANG MATI - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+