-->
Sabtu, 24 September 2016

13 Tips memikat suami yang perlu isteri tahu ~ Klik Disini - Resep Maskan

Tips memikat suami

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah

Kehidupan suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal,justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan,ibarat berperang,kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh..Baik suami mahupun isteri,mereka mempunyai peranan masing-masing.

Sebagai isteri misalnya,apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat dirumah..?Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang dari tempat kerja semata-mata mahu bersama isteri dan anak2 tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di tempat kerja.

Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami..

1- Berdoa agar disayangi suami

2- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung buat perkara lain apabila dia balik ke rumah.

3- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari
   (jika suami dalam mood yang baik)

4- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.

6- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.

- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu.sebagai cenderahati ketika memujuk

7- Masak makanan kegemaran suami.

8- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.

9- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.

10- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

11- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.

12- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

13- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira   tanpa banyak mengungkit atau 
komen.

 Insyaallah,kalau kita baik pada suami,suami akan baik pada kita..tapi,kalau dah ditakdirkan kita dapat suami yang tidak baik, bersabarlah,mungkin ada hikmah di sebaliknya

Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. Bersama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan bersama. Kepada ister-isteri di luar sana diharap boleh mencuba tip-tip ini semoga ada keberkatan yang penting sekali adalah berusaha dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat.Sekian sahaja yang dapat di kongsikan, dipersilakan share.Terima kasih.




from Klik Disini http://ift.tt/2cZRNZg
13 Tips memikat suami yang perlu isteri tahu ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+