Ketahui Kebaikan Biji Betik Untuk Kesihatan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hai guysss, terima kasih kerana sudi berkujung di blog ini, kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang biji betik, ramai diantara kita tidak tahu sebenarnya biji betik banyak manfaatnya.. salah satunya boleh menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di usus dan hati kita.
~ Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik bahkan mampu melindungi buah pinggang dari racun yang mencetuskan masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam bersarang dalam pencernaan.
~ Doktor Wahyu Triasmara, dalam Club Diet Sihat Bersama dr. Wahyu Triasmara – DRW, di Facebook pada 28 Februari 2015, menjelaskan,
“biji betik juga mengandungi zat antikolesterol yang hebat. Mengambil biji buah betik juga bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah.”
~ Ini semua terbukti dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides. Dengan adanya kandungan ekstrak tersebut, biji betik ini mempunyai kesan hipolipidemia dan antioksidan dalam darah yang luar biasa. Kesan hipolipidemia ini, sangat berguna bagi terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi. Adapun, saponin yang ada dalam biji betik, bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu.Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah. Kandungan Fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit.
Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas, “jelasnya.
Terdapat 2 cara untuk sedia Biji Betik sebagai jus
- 1- biji betik itu diblender dan disajikan seperti kita membuat jus.
- 2- Kedua, dengan mengeringkannya, dan mengisarnya kemudian menyediakannya seperti kita membancuh kopi.
Untuk cara yang kedua, ini langkah yang perlu dilakukan.
- 1. Cuci biji betik, lantas jemur 2-3 hari.
- 2. Setelah kering, blender / tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.
- 3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat.
(Atau boleh juga terus campur buah betik dengan bijinya dan minum 1-2 gelas jus biji betik tersebut setiap hari).
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jom share untuk semua, semoga artikal ini memberi manfaat untuk semua..
from Klik Disini http://ift.tt/2cLeC56
Biji betik mampu melindungi buah pinggang ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah