Tauhu tempe goreng cicah sambal kicap
Tauhu Goreng, Tempe dan Sambal Kicap
#Assalamualaikum guysss...hari ni saya nak cerita sikit tahu, tempe dan sambal kicap..aummmm!! Tahu dan tempe ni antara menu kesukaan ayah saya. Tak kira lah tauhu bakar atau di goreng, kalau tempe pula, ayah suka goreng ranggup, memang suka sangat kalau mak masakkan di rumah untuk makan tengahari. Tauhu tempe ni memang banyak khasiatnya khasnya kandungan protein yang tinggi. Jadi elok juga di jadikan salah satu sajian makanan kan. Bak kata Dato DFK, orang jawa ramai yang bijak kerana makan tempe dan tauhu.. haha..
#Tauhu bakar atau tauhu goreng ni dan tempe ni sedap di makan bersama sambal kicap. Ada juga yang makan dengan kuah rojak atau sos thai. Terpulang ikut selera masing-masing. Macam mak, dia ikut apa yang ada di rumah, kalau ada sos thai, cicah je dengan sos thai. Namun minggu lepas, mak saya rajin sikit goreng tauhu, tempe dan buatkan sambal kicap untuk kami sekeluarga. bukan main suka lagi kitaorang makan, sampai tak cukup..haha.. tiga ketul tauhu dan tiga ketul tempe goreng tu dihadapnya sengsorang. hahaha..
#Tauhu goreng ni apabila kita menggorengnya jangan dipotong terlebih dahulu. Goreng seketul sedebak macam tu, sama la juga dengan tempe, hasilnya bila telah siap di goreng, isinya akan kekal lembut dan garing diluarnya. Baru lah enak dicicah kan. Malahan hanya perlu di potong apabila hendak di makan sahaja. Jika tidak tauhu dan tempe akan keras dan kurang enak di makan apabila ia telah sejuk nanti.
#Sambal kicap ni, mudah juga nak disediakan. Cuma tumbuk lumat cili api, mengikut tahap kepedasan masing-masing, masukkan beberapa ulas bawang putih, tumbuk sebati. Masukkan cuka makanan, gula, garam dan kicap manis. Siap. Kalau dah tak ada idea nak masak apa untuk menu tengahari, jom cuba tauhu goreng, tempe dan sambal kicap ni. sedappp guysss.. Tak percaya boleh cuba..hehe
from Klik Disini http://ift.tt/2d2OlMH
Tempe, Tauhu Goreng Dan Sambal Kicap, Woww!! ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah