4 Tips Untuk Mengatasi Sifat Lupa.
1. Buat Checklist
- Buatlah checklist atau senarai semak jika memang benar anda seorang yang selalu terlupa. Mungkin anda seorang pelupa tegar, jadi senaraikan benda-benda yang perlu anda lakukan setiap hari. Kemudian, tandakan setiap benda yang telah dilaksanakan. Ha! Mudah, kan?
2. Terus Buat Ketika Teringat. Jangan Bertangguh
- Yang ini memang mujarab. Bila tengah borak-borak di telefon, teringat pula anda sedang masak kari di dapur. Segeralah jenguk masakan anda itu, matikan api dahulu dan sambung borak. Insyaa Allah, selamat lah kari anda daripada hangit...(psst!! pernah jadi pada saya...). Atau ketika menonton TV, teringat pula anda ada solat-solat yang pernah tertinggal. Bangunlah. Angkat wudhuk, dan qada' solat anda itu. Kan baguss...
3. Makan Kismis
- Siapa yang tidak tahu kebaikan kismis. Bukan sahaja di kalangan umat islam, penganut agama lain yang bukan islam juga bersetuju akan keberkesanan kismis dalam membantu daya ingatan. Bukan sahaja tidak akan lupa, malah seseorang yang mengamalkan makan kismis mampu menghafal dengan baik. Oleh sebab itu pengambilan kismis sangat digalakkan di kalangan anak-anak yang sedang dalam proses pembelajaran. Lebih-lebih lagi bila anda dah masuk umur "emas"...makanlah kismis dan madu. Insyaa Allah ingatan anda semakin baik. Boleh tambah bacaan surah yang panjang sikit dalam solat...kan?
4. Amalan Zikir Dan Selawat
- Dalam Islam, berzikir membawa maksud menyebut dan mengingati Allah. Berselawat pula ialah mengingati rasul junjungan Muhammad S.A.W. Dengan amalan zikir dan selawat, otak dan hati akan berada dalam keadaan tenang. Pada masa bertenang, otak mempunyai banyak ruang untuk berfikir dan menempatkan memori dengan lebih lama. Cara ini selalu diamalkan oleh pelajar sekolah menengah agama sebelum menjelang peperiksaan.
Sebenarnya ada banyak lagi cara-cara mengatasi sifat lupa, cuma anda kena pilih cara yang sesuai dengan keadaan sifat lupa anda itu. Sifat lupa yang dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang sekeliling anda. jadi, rawatlah sifat lupa anda itu sebelum ia memakan diri sendiri.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share
from Klik Disini http://ift.tt/2g4UoC4
4 Tips Untuk Mengatasi Sifat Lupa. Wajib Baca!!! - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah