-->
Kamis, 24 November 2016

Cara-Cara Membuat Ikan Kering Goreng Dengan Jering Dan Bawang - Resep Maskan


Cara-Cara Membuat Ikan Kering Goreng Dengan Jering Dan Bawang

Bahan-bahan:
  • 5 ekor ikan kering gelama (di potong 4)
  • 2 tangkai cili hijau/ cili paid
  • 2 biji bawang besar (di potong bulat)
  • 5 biji jering muda/ tua (dibuang kulit)

Cara membuatnya;
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, cili padi dan jering yang telah dihiris.
  3. Masukkan ikan kering yang digoreng tadi. Kacau kesemuanya hingga layu dan sedia untuk dihidangkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(*)Tahukah anda bahawa jering amat bagus untuk kesihatan. Selain memberikan variasi rasa yang lazat dalam makanan, ia juga mengandungi zat pemakanan yang banyak. Hasil kajian menunjukkan bahawa jering juga kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin.

(*)Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 mg, sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.

(*)Makan ikan kering goreng dengan jering dan bawang memang boleh meningkatkan selera makan. Tetapi, makan pun kena beringat ya.

Selamat mencuba uolss & Jangan lupa share. ^_^




from Klik Disini http://ift.tt/2gsuk4i
Cara-Cara Membuat Ikan Kering Goreng Dengan Jering Dan Bawang - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+