Tanda-tanda awak sudah memiliki suami yang terbaik
Anggaplah awak wanita yang bertuah kerana memiliki lelaki yang terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin diidamkan oleh semua wanita.
1- Dia masih cuba memenangi hati anda
- Walaupun sudah sah memiliki awak sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati awak. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta.
2- Dia meminta nasihat awak
- Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat awak sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai awak..
3- Dia memuji awak di hadapan orang(kawan)
- Dia menghargai awak dan meluahkannya kepada mereka yang dekat dengannya.
4- Dia suka pegang tangan isteri
- Sama ada ketika keluar makan, shopping dia senang memegang tangan awak. Ia adalah salah satu bahasa tubuhnya untuk memberitahu ‘saya mengambil berat tentang awak’.
5- Dia tidak menonton cerita lucah
- Intimasi hanyalah bersama awak dan bukannya dengan orang lain atau menonton filem lucah.
6- Dia buat kerja kotor
- Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tak kisah membasuh tandas, mencebok anak atau membersihkan stor rumah.
7- Dia menikmati masakan isterinya
- Walaupun kurang sedap tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan oleh isteri.
8- Dia ketawa mendengar lawak awak
- Dia tidak terlalu serius, awak boleh berbual dengan apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak awak.
9- Dia jaga hubungan dengan Tuhan
- Dia tahu kewajipan agama dan juga kewajipan sebagai ketua keluarga. Dia membimbing awak dan anak dalam hal agama.
Macam mana adakah ciri-ciri ini ada pada suami anda? Mesti ada kan, kalau tak semua tak mengapa. Bukankah kita dan suami ditakdirkan bersama untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jom share, moga artikal ni memberi manafaat untuk semua..
from Klik Disini http://ift.tt/2cA9cqm
Tanda-tanda awak (ister) sudah memiliki suami yang terbaik ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah