-->
Rabu, 12 Oktober 2016

5 Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Waktu Pagi ~ klik disini - Resep Maskan


5 Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Waktu Pagi

1- Dapatkan Waktu Tidur Yang Mencukupi :
  • Jika anda kerap berasa mengantuk di waktu pagi, itu tandanya anda tidak mendapat waktu tidur yang cukup. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba tidur setengah jam atau kalau boleh sejam lebih awal dari waktu tidur anda. Contohnya kalau sekarang ini anda selalu masuk tidur pukul 11 malam, anda ubah kepada 10 malam atau 10:30 malam. Dan cuba lihat hasilnya pada keesokan hari.

2- Jauhkan Gajet Dari Katil Anda :
  • Waktu tidur adalah waktu untuk merehatkan badan, termasuk mata dan minda jadi elakkan membawa telefon bimbit atau sebarang gajet lain ke atas katil untuk memastikan waktu tidur anda tidak terjejas. Antara tabiat buruk yang kerap kita amalkan adalah baring sambil membelek telefon samaada membaca berita online, berkomunikasi di laman sosial atau bermain game. Semua ini harus dielakkan untuk memastikan badan, minda dan mata benar-benar dapat rehat yang secukupnya.

3- Padamkan Lampu :
  • Pastikan bilik tidur anda gelap atau malap sebelum anda memejamkan mata. Tidur dalam bilik yang kurang mendapat cahaya akan membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Mungkin kita tidak sedar bahawa bila kita tidur dalam bilik yang tidak dipadamkan lampu, cahaya dari lampu tetap dapat menembus kelopak mata biarpun kita telah terlelap. Ini tidak akan memberi peluang kepada mata untuk berehat.

4- Senaman Ringkas :
  • Satu cara lagi untuk menghilangkan rasa mengantuk di waktu pagi adalah dengan melakukan sedikit senaman ringan selepas anda bangun. Senaman akan membantu melancarkan kembali peredaran darah dan mengelak dari otot badan berasa tegang.

5- Mandi Dengan Air Sejuk :
  • Petua yang paling mujarab untuk buat anda hilang rasa mengantuk di waktu pagi adalah dengan mengamalkan mandi air sejuk. Amalan mandi dengan air sejuk ini bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu membangunkan saraf-saraf dan membuat badan anda rasa lebih cergas.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi tips yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share




from Klik Disini http://ift.tt/2efMuc0
5 Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Waktu Pagi ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+