-->
Kamis, 03 Maret 2016

Cara Untuk Elak Makan Makanan Manis - Resep Maskan


(:)Kawal Keinginan Anda Pada Makanan Manis

[]Alihkan perhatian anda ketika melihat makanan yang mengandungi makanan bergula yang tinggi. Lebih elok sekiranya anda gantikan nafsu untuk makan makanan bergula dengan amalan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

(:)Minum Teh Herba

[]Teh terbukti bukan sekadar mampu menghilangkan rasa dahaga,malah ia juga memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah ia mampu mencegah kanser perut dan juga masalah gigi berlubang. Untuk mencegah kanser perut, teh yang baik untuk diminum adalah dari jenis teh hijau yang mengandungi anti-oksidan.

(:)Amalkan Makanan Yang Kaya Dengan Serat

[]Makan secara teratur akan memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan sepanjang hari dan juga mengatur tahap gula di dalam darah. Ini adalah kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Oleh itu,pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya. Semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk ke dalam aliran darah. Jangan lupa memilih sayuran hijau sebagai pengganti makanan manis anda.

(:)Pilih Makanan Daripada Bahan Pemanis Semulajadi

[]Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan. Bahkan, ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa. Antara bahan pemanis semulajadi yang boleh anda amalkan ialah madu.

(:)Amalan Pemakanan Seimbang

[]Gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera di ubah menjadi gula di dalam darah sekaligus menyebabkan kadar insulin naik. Oleh itu, sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein, kabohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah dan juga memberikan anda sumber tenaga yang stabil serta menjaga tubuh agar tetap sihat.

(:)Tidur Yang Mencukupi

[]Ketika anda keletihan,otak anda akan meminta untuk anda menambahkan tenaga badan dengan segera dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan makanan manis. Oleh itu,pastikan anda mempunyai waktu rehat dan masa tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam sehari.



from Klik Disini http://ift.tt/1njTsM0
Cara Untuk Elak Makan Makanan Manis - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+