Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
KENAPA MANUSIA MENGGUNAKAN PERKATAAN “AKU” SEMASA BERDOAP
**Di awal perkenalan dengan seseorang selalunya kita menggunakan kata ganti diri yang sopan sebagai contoh saya, awak, i, you dan sebagainya. Jarang sekali kita menggunakan perkataan “aku” dan “engkau” bila berkenalan dengan orang baru.
**Penggunaan kata ganti diri “aku” dan “engkau” dilihat sebagai ayat yang kurang ajar. Jika orang yang baru kita kenal itu sudah biasa menggunakan ayat “aku” dan “engkau” mungkin tidak menjadi masalah tetapi bayangkan jika orang yang baru kita kenal itu tidak biasa dengan perkataan itu sudah pasti membuatnya terkejut.
**Apabila bercakap dengan ibu bapa selalunya kata ganti diri “saya” digunakan. Namun, ada juga sebahagian tempat di Malaysia ini menjadi kebiasaan menggunakan kata ganti diri “aku” apabila bercakap dengan ibu bapa.
**Di dalam perhubungan persahabatan penggunaan “aku” dilihat sebagai rapatnya hubungan seseorang itu dengan sahabatnya. Kita akan lebih mengenalinya. Kita tidak akan kekok dengannya. Kita lebih menjadi diri kita yang sebenar.
**Samalah apabila kita berdoa kepada Allah. Allah mahu hamba-Nya dekat dengan-Nya lalu penggunaan “aku” itu selalu digunakan apabila manusia berdoa.
**Cuba bayangkan jika manusia berdoa menggunakan “saya” dan “awak”.
**Saya memohon kepada awak Ya Allah, limpahkanlah rezeki saya sekeluarga. Saya memohon diampunkan dosa saya kepada awak Ya Allah.
**Agak janggal bukan? Jadi, inilah sebab kenapa manusia menggunakan perkataan “aku” semasa berdoa kepada Allah.
SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.
from Klik Disini http://ift.tt/2bjthkM
Kenapa Kita Menggunakan Perkataan “AKU” Semasa Berdoa? - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah