Langkah yang harus dilakukan jika mengesyaki seseorang sedang berniat jahat(perogol)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Kaum hawa wajib baca tips dan langkah yang harus dilakukan jika mengesyaki seseorang sedang berniat jahat(perogol)
1- Cetuskan Perbualan
Jika seseorang mengekori anda dari belakang di jalan atau di elevator atau tangga, pandang mereka berhadapan dan tanya soalan seperti, “Pukul berapa sekarang?”
Atau cetuskan perbualan singkat “Panaskan hari ini?”, “Nampaknya hujan sangat lebat”.
Sekarang anda dapat lihat dan cam muka mereka andai mereka ditangkap, anda akan terlepas daripada menjadi target.
2- Bersikap Aggresif
Sekiranya seseorang sedang datang ke arah anda, halakan tangan anda di hadapan dan tengking “Berhenti! atau Pergi” .
Kebanyakan perogol-perogol tersebut menyatakan mereka akan terus tinggalkan perempuan yang menengking atau menunjukkan yang mereka tidak takut untuk melawan.
Sekali lagi diingatkan, mereka mencari target yang mudah
3- Mengeluarkan Ancaman
Jika anda membawa bersama Penyembur Lada Hitam (Pengajar tersebut sangat mencadangkan penggunaan Pepper Spray dan sentiasa dia sentiasa membawanya bersama ke mana sahaja dia berada).
Jerit saya ada “Pemedih Mata!” dan pegang ke arah mereka akan berfikir dua kali untuk terus menyerang.
4- Melawan Kembali
Jika seseorang merangkul anda dan anda tidak mampu untuk menyerang mereka, anda masih mampu melawan.
Jika anda dirangkul dari belakang pada bahagian pinggang, cubit penyerang sama ada pada bahagian bawah lengan antara siku dan ketiak atau pada cubit bahagian peha atas – KUAT-KUAT (benamkan kuku anda!).
Seorang perempuan dalam kelas ini pernah mencubit bahagian bawah seorang lelaki yang cuba merogolnya sewaktu berdating (date rape) dia terlalu marah sehinggakan perempuan tersebut telah mengoyakkan kulit dan otot lengan lelaki itu sehingga perlu dijahit.
Cuba picit diri sendiri di tempat tersebut sekuat yang mungkin, mesti anda tak tertahan kesakitannya.
5- Serang Bahagian Sulit
Selepas pukulan pertama, serang bahagian antara kelangkang mereka (alif nun waw).
Saya tahu daripada beberapa episod malang, jika anda serang tempat tersebut ianya tersangat menyakitkan, senak.
Anda mungkin fikir lelaki tersebut akan marah dan dia akan lebih mencederakan anda.
Tetapi perogol-perogol tersebut memberitahu mereka hanya mahukan perempuan yang tidak akan mengakibatkannya pelbagai masalah.
Maka, mulakan sesuatu masalah, dan dia akan pergi dari situ.
6- Bengkokkan Sendi Jari
Apabila lelaki meletakkan tangannya ke atas anda, capai dua jarinya dan bengkokkan ke belakang sejauh yang mungkin dengan sekuat-kuat tekanan dan tolak ke arah mereka secepat mungkin.
Pengajar tersebut telah cuba pada saya tanpa menggunakan apa-apa tekanan sehinggakan saya akhirnya melutut dan jejari saya ‘meletup’ kuat.
7- Ikut Gerak Hati
Semestinya, perkara yang selalu kita dengar kita akan gunakan. Selalu perhatikan keliling anda, kalau boleh bawa seseorang bersama dan jika anda merasakan sesuatu yang ganjil jangan buat-buat tak tahu, ikutlah gerak hati.
Kadang-kadang anda mungkin rasa macam orang bodoh, tapi anda akan rasa lebih teruk jika lelaki tersebut adalah masalah sebenarnya.
Perempuan memang perlu berjalan dengan muhrimnya. Tidak boleh bermusafir seorang diri!
Jika anda sayangkan ibu, isteri, kakak, adik dan anak perempuan anda, anda perlu share artikel ini pada orang tersayang..
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)
from Klik Disini http://ift.tt/2cnBTb7
Langkah yang harus dilakukan jika mengesyaki seseorang sedang berniat jahat(perogol) ~ Baca Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah