-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Cara Semulajadi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi ~ klik disini - Resep Maskan


Cara Semulajadi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kerap Bersenam
  • Jadikan senaman sebagai rutin seharian anda. Tak semestinya perlu lakukan senaman yang berat, cukup sekadar anda melakukan senaman ringan seperti berjogging atau sekadar berjalan kaki. Senaman memang bagus untuk kesihatan. Selain membantu meningkatkan penyerapan oksigen, senaman juga membantu memperkuatkan jantung anda dan membantu menurunkan tekanan darah.

Elak Mengambil Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam
  • Pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah di bahagian arteri. Untuk mengelak dari tekanan darah menjadi tinggi anda perlulah berhenti mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan garam, contohnya seperti makanan ringan dan makanan segera.

Amalkan Minum Jus Celery
  • Jus Celery tinggi dengan kandungan kalium, mineral dan antioksidan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Pengambilan jus celery secara kerap juga dapat membantu melebarkan otot-otot pada dinding arteri untuk melancarkan perjalanan darah.

Lebihkan Pengambilan Bawang Putih
  • Bawang putih sangat berkhasiat dan membantu menghindarkan darah tinggi. Selain itu ia dapat menghancurkan lemak serta menyingkirkan kandungan kolesterol jahat. Bawang putih juga membantu mengelak berlakunya pembekuan darah yang menjadi penyebab penyakit darah tinggi.

Buah Aprikot Dan Buah Pisang
  • Kandungan potasium yang ada dalam buah aprikot dan buah pisang membantu menstabilkan tekanan darah. Jika badan kekurangan potasium ia akan mengakibatkan kita mudah menjadi letih. Keletihan yang berpanjangan akan meningkatkan risiko terkena stress. Stress juga dikatakan antara penyebab atau punca seseorang terkena penyakit darah tinggi.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share



from Klik Disini http://ift.tt/2dvWj0A
Cara Semulajadi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+