-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Jenis-Jenis Jus Untuk Kuruskan Badan ~ klik disini - Resep Maskan


Jenis-Jenis Jus Untuk Kuruskan Badan

Jus Tomato :

  • Buah tomato kaya dengan nutrisi yang penting untuk kesihatan tubuh badan antaranya Vitamin C, Beta Karoten, Potassium dan Lycopene. Malah tomato juga kaya dengan serat yang membantu melancarkan metabolisma tubuh.

Jus Epal :

  • Buah epal pula kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang sangat sesuai untuk mengurangkan berat badan. Lebih sesuai jika epal hijau yang dijadikan jus kerana rasanya yang lebih masam. Tapi kalau anda tak berapa suka rasa yang masam, boleh satukan epal merah dan hijau.

Jus Rasberi :

  • Buah rasberi mempunyai kandungan kalori yang rendah. Buah yang rendah kalori memang sesuai dibuat jus untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Jus Betik :

  • Biarpun betik agak manis, tetapi ia antara buah yang mempunyai kandungan khasiat agak tinggi. Betik kaya dengan vitamin A dan sesuai diambil oleh individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan masalah kolestrol yang tinggi. Pengambilan betik dapat membantu menyingkirkan lemak dan melangsingkan badan.

Jus Anggur Merah :

  • Buah anggur merah mengandungi kandungan vitamin C dan Potassium yang tinggi yang sangat sesuai diambil jika mahu berdiet.

Ini antara jenis-jenis jus untuk kuruskan badan yang boleh anda cuba dan jadikan ianya sebagai minuman harian sekiranya anda merancang untuk menurunkan berat badan secara sihat. Selain ini buah-buahan lain antaranya oren, juga sesuai untuk menurunkan berat badan

Seeloknya hanya buah-buah yang segar sahaja anda jadikan jus tanpa menambah gula atau bahan perasa yang lain.

Selamat mencuba.

from Klik Disini http://ift.tt/2dLLU6o
Jenis-Jenis Jus Untuk Kuruskan Badan ~ klik disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+