-->
Rabu, 12 Oktober 2016

Punca Penyakit Kelamin Dan Cara Mengatasinya ~ Klik Disini - Resep Maskan


Punca Penyakit Kelamin Dan Cara Mengatasinya 

Di bawah ini adalah penyebab-penyebab penyakit kelamin:
  • Secara umumnya, penyakit kelamin disebabkan oleh bakteria dan kuman.Bakteria atau kuman boleh memasuki tubuh melalui hidung, tekak, mulut, alat sulit dan dubur.
  • Penghidap siflis biasanya mempunyai ruam yang boleh menyebabkan jangkitan kepada individu lain biarpun tanpa melakukan hubungan intim.
  • Ibu yang mengandung boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya dengan gejala penyakit kelamin.
  • Sering bertukar pasangan untuk melakukan hubungan itim adalah menjadi penyebab utama kepada masalah penyakit kelamin.
  • Melakukan hubungan intin tanpa menggunakan kondom juga meningkatkan risiko terkena jangkitan.
  • Daya ketahanan tubuh yang rendah tidak dapat melawan bakteria atau kuman yang menyebabkan jangkitan.

Antara gejala-gejala penyakit kelamin
  • Merasa sakit dan pedih semasa dan selepas membuang air kecil.
  • Kencing berdarah
  • Haid yang tidak normal
  • Rasa gatal di bahagian sulit
  • Keputihan
  • Namun harus diingatkan bahawa bukan semua wanita yang mempunyai penyakit kelamin akan menunjukan gejala-gejala di atas. Ada juga yang langsung tidak menunjukkan sebarang gejala.

Cara Mengatasi Masalah Penyakit Kelamin
  • Menjaga kebersihan alat sulit. Elak berkongsi pakaian atau tuala dengan orang lain. Ini adalah cara terbaik untuk mengelak atau mencegah dari dijangkiti penyakit kelamin oleh orang lain atau mencegah dari menjangkiti orang lain sekiranya anda mempunyai penyakit kelamin.
  • Pengambilan ubat untuk menghentikan atau mengelak penyakit kelamin. Namun harus diingatkan, pengambilan ubat-ubatan berkemungkinan ada kesan sampingan yang boleh mengundang penyakit lain pula.
  • Melakukan hubungan intim secara sihat dan dengan pasangan yang halal. Jika pasangan ada penyakit kelamin, digalakan menggunakan kondom untuk mengurangi risiko terkena jangkitan.

Jika anda syaki diri anda atau pasangan ada penyakit kelamin, elok dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor.



from Klik Disini http://ift.tt/2e7cgdl
Punca Penyakit Kelamin Dan Cara Mengatasinya ~ Klik Disini - Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Baca Juga Resep Lainnya di Bawah Ini:

Tags :
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+